PENGENALAN
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi merupakan antara Jabatan utama di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB). Jabatan ini menyumbang 30% dari jumlah kemasukan di HSAJB. Ini membuktikan Jabatan ini mempunyai beban tugas yang tinggi berbanding dengan nisbah anggota yang sedia ada. Jabatan ini sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik seiring dengan pembangunan dan kemajuan sains dan teknologi yang pesat membangun. Peningkatan sosio ekonomi di Johor Bahru di tambah pula dengan pembangunan industri yang pesat menyebabkan penambahan penduduk. Justeru itu, Jabatan ini menjadi pusat rujukan di wilayah Selatan Malaysia yang merangkumi kes-kes rujukan dari Hospital Daerah, Klinik Kesihatan Daerah, Klinik Desa, Hospital dan juga Klinik Swasta. Jabatan ini merupakan pusat latihan untuk Pakar Perubatan sub kepakaran, Pegawai Perubatan Lepasan Siswazah dari universiti tempatan dan luar negara, basik, pos basik bagi Jururawat Terlatih, Jururawat Pelatih serta Penolong Pegawai Perubatan untuk latihan sangkutan bagi anggota fasiliti kesihatan dari sekitar Daerah Johor Bahru dan Pontian.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
- Menjadikan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi sebagai pusat rawatan cemerlang dan bertaraf antarabangsa.
MISI
- Menyediakan perkhidmatan perawatan Obstetrik dan Ginekologi yang cemerlang melalui promosi gaya hidup sihat, rawatan dan pemulihan yang berkualiti.
OBJEKTIF
- Mengadakan perkhidmatan yang standard untuk kes-kes Obstetrik dan Ginekologi.
- Mengurangkan kadar mortaliti dan morbiditi ibu dan bayi.
- Menyediakan perkhidmatan diagnosa, perawatan dan rehabilitasi kepada pesakit.
- Menyediakan perkhidmatan latihan dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi untuk Pakar Perubatan, Pegawai Lepasan Siswazah, Pegawai Perubatan dan Paramedik.
- Menyediakan kemudahan kepada Pegawai Perubatan dan Paramedik untuk membuat penyelidikan.
- Menyediakan perkhidmatan sub kepakaran dalam bidang Maternal Fetal Medicine, Urogynaecology dan tambahan sub kepakaran infertility.
DIREKTORI
Pejabat Jabatan Obstetrik dan Ginekologi
Nombor sambungan : 2404
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Maternal Fetal Medicine : sejak tahun 2006
- Gynaeoncology : sejak tahun 2008
- Urogynae : sejak tahun 2016
- Reproductive : Sejak tahun 2023
PERKHIDMATAN OBSTETRIK
- Perkhidmatan Pakar / sub kepakaran
- Pre Pregnancy Care
- Combined Clinic
- Maternal Fetal Medicine
- Perkhidmatan Patient Admission Centre (PAC)
- Perkhidmatan dan rawatan ibu mengandung
- Perkhidmatan pembedahan kes obstetric – elective & emergency
- Perkhidmatan dan rawatan untuk ibu bersalin & selepas bersalin
- Perkhidmatan dan rawatan bayi baru lahir
- Perkhidmatan sokongan Hospital Rakan Bayi
- Perkhidmatan ‘Husband Friendly’
PERKHIDMATAN GINEKOLOGI
- Perkhidmatan Early Pregnancy Assessment (EPAU)
- Perkhidmatan kes pembedahan minor & major ginekologi – elective & emergency
- Perkhidmatan Gynae-Oncology / kimoterapi
- Perkhidmatan Uro-Gynaecology
- Perkhidmatan Reproductive Medicine
KLINIK PAKAR OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI (SCOG)
- Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi merupakan pusat rujukan pakar yang terdiri daripada pelbagai sub kepakaran.
WAKTU OPERASI
Dewan bersalin : 24 jam
Bilik saringan : 24 jam
Pusat bersalin : 24 jam
Wad obstetrik : 24 jam
Wad ginekologi : 24 jam
Klinik pakar obstetrik dan inekologi (SCOG) adalah seperti berikut :
HARI |
KLINIK |
AHAD |
|
ISNIN |
|
SELASA |
|
RABU |
|
KHAMIS |
|
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan kesihatan sewajarnya yang berkualiti.
- Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan, segala maklumat pesakit dan rawatannya akan di rahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
- Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan secepat mungkin iaitu masa menunggu untuk pemeriksaan doktor tidak melebihi 180 minit.
- Sekiranya tidak dapat berjumpa doktor dalam masa 180 minit, sila berhubung dengan pegawai bertugas di kaunter.