PENGENALAN
Jabatan Oftalmologi HSAJB merupakan pusat rujukan penyakit mata bagi daerah Johor Bahru khususnya dan seluruh Negeri Johor secara amnya.
Jabatan Oftalmologi menyediakan Perkhidmatan Kepakaran Oftalmologi dan Perkhidmatan Optometri yang menyeluruh merangkumi pengesanan, perawatan, pembedahan dan pemulihan bagi penyakit mata.
Jabatan Oftalmologi HSAJB kini diketuai oleh Dr Francesca Martina Vendargon, Pakar Perunding Oftalmologi JUSA Khas C yang juga merupakan Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Negeri Johor.
Jabatan Oftalmologi HSAJB sentiasa komited ke arah kecemerlangan yang berteraskan 3 misi utama iaitu perkhidmatan klinikal efisien, pengajaran dan pendidikan berterusan serta penyelidikan terkini.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Penjagaan Mata
MISI
Kami komited :-
Memberikan Perkhidmatan Kepakaran Oftalmologi yang berkualiti.
Mengadakan latihan berterusan kepada semua kakitangan dalam merealisasikan visi kami.
Mempromosikan penjagaan kesihatan mata berkaitan pencegahan kebutaan yang dapat dielakkan serta penekanan terhadap penglibatan setiap individu dalam proses penjagaan kesihatan mata.
OBJEKTIF
- Menyediakan Perkhidmatan Oftalmologi yang cemerlang dalam suasana yang mesra pesakit serta sentiasa berusaha untuk mengoptimumkan keselesaan pesakit.
- Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya bagi menjadikan Jabatan Oftamologi sebagai organisasi pembelajaran yang berterusan
- Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal melalui pengumpulan data bagi penambahbaikan perkhidmatan di masa hadapan.
PERKHIDMATAN/ RAWATAN YANG DITAWARKAN
1. RAWATAN PESAKIT LUAR DAN DALAM
- Perkhidmatan Oftalmologi Umum
- Perkhidmatan Subkepakaran
- Program “Outreach”
2. PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN
- Medikal Retina
- Vitreoretinal (Lawatan)
3. PERKHIDMATAN OPTOMETRI
- Klinik Optometri Umum
- Kanta Lekap Terapeutik
- Penglihatan Terhad
- Penglihatan Binokular & Ortoptik
- Optometri Pediatrik
- Terapi Visual
4. PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN MATA
- Rawatan Pembedahan Katarak
- Rawatan Pembedahan Vitreoretinal
- Rawatan Pembedahan Harian (Day Care)
- Rawatan Pembedahan Minor
5. UJIAN DIAGNOSTIK MATA
- Humphrey Visual Field
- Bjerrum Test
- A-Scan Biometry
- B-Scan
- Fundus Fluorescein Angiography
- Hess chart
- Optical Coherence Tomography (OCT)
6. PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- Sarjana Perubatan Oftalmologi
- Program Parallel
- Pegawai Optometri
- Pelajar Program Perubatan (IPTA/ IPTS)
- Pelajar Program Optometri IPTA/IPTS (Latihan Industri)
- Pelatih-pelatih Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat
MAKLUMAT LOKASI KLINIK/ WAD
Klinik Mata |
Lokasi |
Waktu Operasi |
No tel: samb. 2026
|
Jabatan Oftalmologi, Aras 1, Bangunan Poliklinik |
Pendaftaran |
Ahad hingga Khamis 7.30 pagi hingga 1.00 petang 1.00 petang hingga 2.00 petang (REHAT) 2.00 petang hingga 3.00 petang
|
||
Temujanji Klinik |
||
Ahad hingga Rabu 8.00 pagi hingga 5.00 petang 1.00 petang hingga 2.00 petang (REHAT)
Khamis 8.00 pagi hingga 1.00 petang
|
Wad Mata |
Lokasi |
No tel : samb. 2509/2510 |
Wad Barat 5 Aras 5, Bangunan Induk |
PIAGAM PELANGGAN
- Pesakit akan diberikan perkhidmatan yang mesra.
- Pesakit akan mendapat perkhidmatan yang berkualiti.
- Pesakit akan diberikan informasi dan maklumat yang tepat mengenai penyakit mata yang berkaitan.
- Pesakit akan memperoleh konsultasi kesihatan berkenaan penyakitnya.
- Pesakit akan diberikan hak untuk mengurus rawatannya setelah mendapatkan nasihat doktor.
- Pesakit akan dipastikan kerahsiaannya terjamin.