PENGENALAN
Jabatan Urologi mula beroperasi berasingan dari Jabatan Pembedahan Am pada tahun 1993, apabila seorang Pakar Urologi pertama kali ditempatkan di hospital ini. Penubuhan unit berasingan ini bertujuan supaya kes-kes yang berkaitan dengan sistem saluran kencing dapat diberi perhatian dengan lebih khusus. Dalam perkembangan masa kini, kes-kes urologi yang kerap ditemui ialah batu karang, masalah kelenjar prostat bagi lelaki, jangkitan pada saluran kencing, masalah kongenital seperti hypospadias, impotence dan infertility serta lain-lain masalah yang berkaitan. Sejak dimulakan pada tahun 1993, bilangan pesakit yang datang mendapatkan rawatan meningkat dari setahun ke setahun.
Bagi mengurangkan kesesakan akibat peningkatan bilangan pesakit luar, pada tahun 1998 jabatan ini terpaksa dipindahkan dari premis asal tingkat bawah Bangunan Poliklinik ke aras 3 di bangunan yang sama, mengisi ruang yang dikosongkan oleh Tabung Darah yang berpindah ke Bangunan Induk. Bilik pemeriksaan bertambah daripada dua kepada tiga buah dan ruang menunggu yang lebih besar dan selesa serta boleh menempatkan 50 pesakit pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun keselesaan ini hanya sementara sahaja disebabkan bilangan pesakit yang terus meningkat setiap tahun.
Walaupun hari klinik telah ditambah dari 2 kepada 4 hari seminggu (hari Isnin dijadikan hari klinik untuk kes-kes baru sahaja), namun tidak dapat mengatasi masalah kesesakan yang kian meruncing. Masalah tersebut dapat diatasi sekiranya Klinik Urologi ditempatkan semula di tempat yang lebih luas.
Tambahan sessi klinik pesakit luar pada setiap hari Isnin tidak dapat mengurangkan kesesakan akibat bilangan pesakit yang bertambah. Dengan bilangan kedatangan pesakit luar yang mencecah 19,645 pada tahun 2009, bilangan pesakit baru pada setiap hari Isnin mencapai 80 pesakit sehari dan pesakit ulangan yang diperiksa pada hari Selasa dan Rabu mencapai 160 sehari.
Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2010, purata lama masa menunggu untuk pendaftaran ialah 30 minit dan purata masa menunggu untuk diperiksa oleh doktor sehingga 2 jam. Kajian juga menunjukkan ramai pesakit tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan khususnya lama masa menunggu untuk pembedahan dan rawatan susulan. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Walaupun masa menunggu untuk pembedahan terlalu lama (lebih setahun untuk kes-kes hypospadias,staghorn calculus) namun tiada perubahan yang dapat dilakukan untuk aktiviti pembedahan. Waktu pembedahan yang dikhaskan kepada bahagian Urologi adalah pada setiap hari Isnin(dari pukul 8pagi hingga 8 malam),Khamis(9pagi hingga 4petang),serta Rabu minggu pertama dan ketiga (dari pukul 9pagi hingga 4petang).
VISI & MISI
VISI
Menaikan taraf kesihatan penduduk Negeri Johor Setaraf dengan misi Jabatan Kesihatan Malaysia
MISI
Menyediakan satu perkhidmatan kesihatan yang akan meninggikan taraf kesihatan melalui promosi cara hidup sihat, pencegahan penyakit serta perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti didalam suasana penyayang.
WAKTU OPERASI
RAWATAN PESAKIT DALAM
Wad |
Tempat |
Lelaki |
20 Katil - Wad Timur 5 (Urologi) |
|
(berkongsi dengan Pembedahan Am
|
Kanak-kanak |
Wad Timur 5 (Kanak-kanak) (berkongsi dengan Pembedahan Am |
|
|
RAWATAN PESAKIT LUAR
HARI |
MASA |
AKTIVITI |
ISNIN |
8.00 PAGI –5.00 PETANG
|
Kes-kes baru dan kes-kes rujukan dari hospital daerah. Semakan kad-kad temujanji pesakit, lapuran makmal, X-Ray dan temujanji.
|
SELASA |
8.00 PAGI-5.00 PETANG
|
Klinik Pakar dan kes susulan terutamanya kes-kes barah.
Semakan kad-kad temujanji pesakit, lapuran makmal, X-Ray dan temujanji.
|
RABU |
8.00 PAGI-5.00 PETANG
8.00PAGI-5.OOPETANG |
Klinik Pakar dan kes susulan terutamanya kes-kes prostat.
Pembedahn kecil(CE prosedur yang telah ditetapkan oleh Pakar dan Pegawai Perubatan) |
KHAMIS |
8.00 PAGI-5.00 PETANG
|
Klinik Prostat Hari Biopsy ( kes-kes Prostat) |
JUMAAT |
8.00 PAGI-1.00 PETANG
8.00PAGI-5PETANG
|
Klinik Prostat
Stenting (di bilil Bedah Am) |
AKTIVITI
Jabatan Urologi Hospiatl Sultanah Aminah,Johor Bahru telah mengadakan kempen Incontinence peringkat negeri di foyer klinik pakar pada 12June2010 & 13th june 2010 .Kempen ini dianjurkan sempena World Incontinence Day yang diadakan serentak diseluruh Malaysia.
Seramai telah diperiksa dan seramai telah diarahkan untuk mengikuti rawatan susulan di Klinik Urologi.
Jabatan Urologi Hospiatl Sultanah Aminah,Johor Bahru telah mengadakan kempen kesedaran kelenjar prostat di negeri Johor bermula dari 25hb September 2010 sehingga 16hb October 2010. Kempen ini buat pertama kalinya telah dianjurkan di negeri Johor dimana ianya meliputi 6 daerah di negeri Johor.
25&26hb September 2010 – Daerah Johor Bahru
2hb Oktober 2010 – Daerah Kluang & Segamat
9hb Oktober 2010 – Daerah Batu Pahat & Muar
16hb Oktober 2010 – Daerah Mersing
Kempen ini telah dilaksanakan dengan kerjasama dari Jabatan Urologi,Hospital Selayang dan juga Jabatan Urologi,Hospital Kuala Lumpur. Kempen ini telah mendapat sambutan yang meriah dari masyarakat tempatan dimana seramai lebih dari 950 orang telah diperiksa sepanjang kempen ini berlangsung dan seramai 400 orang telah diarahkan untuk mendapat rawatan susulan di Jabatan Urologi,Hospital Sultanah Aminah.Jabatan Urologi,Hospital Sultanah Aminah juga bercadang untuk menganjurkan Kempen seperti ini buat masa kesemasa supaya dapat mendidik dan juga memupuk kesedaran kelenjar prostat dikalangan penduduk di seluruh daerah Johor.