PENGENALAN
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan sebuah jabatan yang menawarkan perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan juga sokongan klinikal. Terletak bersebelahan jabatan Pengimejan dan Diagnostik , jabatan ini telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan hospital ini pada tahun 1882. Bermula dengan hanya menawarkan perkhimatan sajian, jabatan ini telah berkembang dengan memberi sokongan klinikal kepada hospital dalam bidang dietetik pada tahun 1988.
WAWASAN DAN MISI
WAWASAN
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan Dietetik Klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hspital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi , teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kulaiti berterusan.
MISI
Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk:
i) Perkhidmatan Dietetik
Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidence based di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan. Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
ii) Perkhidmatan Sajian
Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti. Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi , pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesioanl, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
Objektif Khusus
- Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad.
- Untuk memastikan diet kelas 1 dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan
- Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam mengikut kelayakan
- Untuk memastikan khidmat‘medical nutrition therapy’ bagi oral diet serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor
- Untuk memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih dari institusi pengajian tinggi.
- Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
PERKHIDMATAN KAMI
- Menyediakan makanan normal dan teraputik yang mencukupi, seimbang, bermutu tinggi , menyelerakan, bersih dan selamat.
- Menyediakan makanan yang telah dimasak kepada wad pada waktu berikut:
- SARAPAN PAGI – 7.30 – 8.00 PAGI
- MAKAN TENGAHARI – 11.30 – 12 TGH
- MINUM PETANG – 3.30 – 4.00 PTG
- MAKAN MALAM – 5.30 – 6.00 PTG
- Membekalkan catuan makanan kering bagi:
- Pesakit ( yang memerlukan ) – Khamis setiap minggu
- Doktor atas panggilan – Khamis setiap minggu
- Membekalkan catuan malam bagi amggota hospital yang bertugas giliran malam pada sehari sebelum selesai bertugas malam.
- Memberi perkhidmatan sokongan terkini dari segi pemakanan, kaunseling makanan dan pendidikan kepada semua pesakit yang dirujuk kepada pegawai Dietetik.
- Memberi latihan kepada penuntut dalam bidang makanan dan katering serta Institut Pengajian Tinggi.
OPERASI PERKHIMATAN KLINIK KAUNSELING DIET (PESAKIT LUAR)
HARI |
MASA |
ISNIN - KHAMIS |
7.30 PG - 1.00 TGH |
JUMAAT |
7.30 PG - 12.15 TGH |