PENGENALAN
Jabatan Ortopedik dan Traumatologi terletak di aras bawah bangunan Poliklinik dan memberikan perkhidmatan Orttopedik berpakar di daerah Johor Bahru meliputi daerah Pontian dan Kulai.
VISI, MISI, & OBJEKTIF
VISI
- Jabatan Ortopedik berazam untuk memberikan perawatan ortopedik yang terbaik di Negeri Johor dan memenuhi kehendak setiap pelanggan yang mempunyai masalah yang berikaitan dengan Ortopedik.
MISI
- Kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam meningkatkan taraf kesihatan melalui promosi kesihatan dan amalan gaya hidup sihat serta memberikan penjagaan kesihatan yang berkuali dan sesuai dengan konsep masyarakat penyayang dan mesra pelanggan selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan suasana yang selesa kepada pesakit dalam wad dan di klinik pesakit luar.
- Meningkatkan jenis-jenis pembedahan yang dapat ditawarkan kepada pesakit-pesakit baik dalam pembedahan elektif mahupun pembedahan kecemasan.
- Mengurangkan masa menunggu rawatan bagi pesakit di Klinik Pakar Ortopedik. Sasaran jabatan ialah kurang dari satu (1) jam.
- Mengurangkan masa menunggu rawatan pembedahan elektif. Sasaran jabatan ialah kurang dari seminggu.
- Menyediakan rawatan rehabilitasi termasuk rawatan pendidikan kesihatan kepada pesakit dalam dan pesakit luar.
PERKHIDMATAN KAMI
- Perkhidmatan Spine Injury
- Perkhidmatan Arthroscopy
- Hand and Microsurgery
- Pemasangan POP / Cast
- Wound Dressing / Debridement
- CMR
- Incision and Drainage
- Traction
WAKTU OPERASI
- Hari : Ahad (Kes Baharu)
- Hari : Isnin hingga Khamis (Kes Ulangan)
- Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
- 1.00 tengah hari - 2.00 petang (Rehat)
- 2.00 petang - 5.00 petang (CME, X-RAY CONFERENCE)
- Tutup : Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi perkhdimatan yang cepat, cekap, penyayang dan berkualiti.
- Sentiasa mengutamakan pelanggan
- Kami berusaha ke arah :
- Masa menunggu untuk pendaftaran baharu / ulangan < 15 minit.
- Masa menunggu untuk berjumpa Pegawai Perubatan < 30 minit.
- Masa menunggu untuk berjumpa Pakar Ortopedik < 2 jam.