PENGENALAN
Unit Pembangunan dan Perolehan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB). Unit Pembangunan berperanan menguruskan hal-hal berkaitan permohonan, pelaksanaan dan juga pemantauan projek-projek oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kerja Raya di HSAJB. Selain itu, Unit Pembangunan juga menguruskan hal ehwal berkaitan penyewaan Premis Demis di HSAJB. Bertanggungjawab dalam memastikan prestasi perbelanjaan Peruntukan BP00600 (Pembaikan, Naik taraf dan Baik pulih) dan BP00900 (Penyelenggaraan dan Pembaikan Kuarters) mencapai minimum 98% pada setiap tahun kewangan. Pada masa yang sama unit pembangunan juga sentiasa bekerjasama dengan seksyen perolehan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pembelian terus dan sebut harga bagi perkhidmatan dan bekalan di HSAJB secara telus dan teratur berpandukan prinsip-prinsip Perolehan Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan dan peraturan-peraturan dalaman Kementerian Kesihatan dan Hospital yang berkuatkuasa.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
- Melaksanakan perkhidmatan naik taraf dan baik pulih fasiliti serta infrastruktur yang menepati masa, kualiti selain kos efektif bagi mencapai faedah aset yang optimum.
- Menjadikan Seksyen Perolehan berintegriti, pantas dan profesional dan dalam pelaksanaan amalan perolehan kerajaan yang baik.
MISI
- Memacu perancangan hospital / jabatan melalui pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan secara komprehensif dan holistik.
- Mengendalikan pengurusan perolehan kerajaan yang mengutamakan pelanggan dengan menekankan tatakelola terbaik melalui integriti dan akauntabiliti serta mengamalkan budaya penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan.
OBJEKTIF
- Merencana keperluan projek berdasarkan keutamaan.
- Merancang keperluan peruntukan / bajet pembangunan dengan lebih efisien.
- Melaksana projek mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
- Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan agar berjalan dengan lancar.
- Memastikan pengurusan perolehan kerajaan yang amanah, telus dan berintegriti dalam setiap peringkat perlaksanaan.
- Melaksanakan perolehan bekalan dan perkhidmatan menggunakan aplikasi kerajaan digital melalui Sistem iGFMAS dan ePerolehan.
- Memperkasa integriti, akauntabiliti dan ketelusan Pengurusan Perolehan Kerajaan di HSAJB.
DIREKTORI
BIL | NAMA PEGAWAI | JAWATAN | GRED | SEKSYEN/UNIT | NO SAMB | EMEL |
1 |
MOHAMAD FITRI BIN MD ALI @ HASHIM |
KETUA PENOLONG PENGARAH | M48 | PEMBANGUNAN & PEROLEHAN |
2923 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2 |
ASHADAH BINTI SARIP |
PENOLONG PENGARAH |
M41/M44 |
PEMBANGUNAN |
2906 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
3 |
ROZI BINTI ATAN |
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) |
N22 |
PEMBANGUNAN | 2906 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
4 |
NOR AZHAN BIN MOHAMAD |
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) | N22 TBK 1 | PEMBANGUNAN | 2906 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
5 |
SYED DHIYA’UDDIN ASLAH BIN SYED OMAR |
PENOLONG PENGARAH |
M41/M44 |
PEROLEHAN |
2045 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
6 |
SALMIZA BINTI MOHAMAD |
PENOLONG AKAUNTAN |
W29 (KUP) |
PEROLEHAN |
2816 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
7 |
SYAZWANI BINTI MOHD SALIM |
PENOLONG AKAUNTAN | W29 (KUP) | PEROLEHAN |
2816 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
8 |
UMI ZAINAB BINTI MOIN |
PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN / OPERASI |
N22 (KUP) | PEROLEHAN | 3451 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
9 |
SHAKILA WATI BINTI HAMZAH |
PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN / OPERASI |
N19 | PEROLEHAN |
2816 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
10 |
NUR SYAZANA BINTI MUSTAFFA |
PEMBANTU TADBIR KEWANGAN |
W19 | PEROLEHAN |
2816 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
PEMBANGUNAN
- Pengurusan perancangan, permohonan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan bagi HSAJB.
- Pengurusan pelaksanaan perolehan sebut harga kerja.
- Pengurusan dan pelaksanaan perolehan premis demis di HSAJB.
SEKSYEN PEROLEHAN
- Pengurusan perancangan, permohonan, perlaksanaan dan pemantauan perolehan sebut harga dan tender kerajaan
- Pengurusan perancangan permohonan, pelaksanaan dan pemantauan pembelian terus dan pesanan kerajaan bagi Hospital Sultanah Aminah
- Pengurusan pemenuhan, perlaksanaan, pemantauan serta dokumentasi kontrak-kontrak perjanjian kerajaan
- Pengurusan perlaksanaan perolehan peralatan perubatan pesara dan kakitangan kerajaan
- Pengurusan tambah nilai kad Touch N’Go pegawai-pegawai berkelayakan di HSAJB
- Pengurusan perolehan kain uniform, kargo dan perolehan-perolehan khas di HSAJB
PIAGAM PELANGGAN
- Melaksanakan setiap proses Perolehan Kerajaan sejajar dengan tatacara dan peraturan berkuatkuasa dengan telus dan tidak berkepentingan.
- Semua permohonan projek kecil dan penyelenggaraan daripada Jabatan atau Unit akan diterima, dikaji dengan teliti dan dipanjangkan kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan.
- Memantau dan melaksanakan pembaikan bagi mana-mana kerosakan untuk keselesaan pesakit bergantung kepada peruntukan setiap tahun.
- Memastikan perbelanjaan yang diterima pada tahun berkenaan akan dibelanjakan dengan pencapaian tidak kurang 95%.
- Memastikan semua proses perolehan sebut harga yang dimohon selesai sebelum 90 hari daripada tarikh sebut harga diiklankan.
- Memastikan semua Perjanjian Kontrak Kerajaan bagi HSAJB disediakan dan disempurnakan tidak melebihi empat (4) bulan daripada tarikh Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.
- Mengeluarkan Pesanan Tempatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima permohonan perolehan pembelian terus yang lengkap.
- Melaksanakan setiap proses Perolehan Kerajaan sejajar dengan tatacara dan peraturan berkuatkuasa dengan telus dan tidak berkepentingan.