- Pesakit yang ingin mengambil ubat ulangan di kaunter Farmasi perlu mematuhi kriteria berikut:
- Hadir mengambil ubat mengikut ‘tarikh akan datang’ yang tertulis pada preskripsi anda.
- Mematuhi waktu mengambil ubat yang ditetapkan.

- Pesakit digalakkan menggunakan perkhidmatan tambah nilai (VAS) yang disediakan di kaunter Farmasi seperti dibawah. Sila maklumkan semasa mengambil nombor giliran ambil ubat jika ingin menggunakan perkhidmatan ini. Senarai VAS yang disediakan adalah:
- Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
- Sistem temujanji – SMS & AMBIL
- Farmasi pandu lalu (FPL) di lokasi seperti berikut:
- Klinik Kesihatan Kulai Besar
- Perkhidmatan ubat melalui Pos Malaysia
- “Scan N Collect”
- Pusat pengambilan ubat susulan setempat (PPUSS), Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi
- Locker4U
- Terdapat preskripsi yang mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk diproses. Oleh itu mungkin nombor anda tidak akan dipanggil mengikut giliran.