PENGENALAN
Anjung Kasih bertempat di Bangunan Kafeteria Balai Pelawat. Merupakan tempat penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya pesakit atau ahli-ahli keluarga / waris-waris yang menjaga pesakit di wad yang kurang berkemampuan tetapi perlu mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di HSAJB dengan berkonsepkan kemudahan penginapan yang selesa, selamat dan berkualiti.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada penghuni yang layak. Terdapat dua jenis tempat penginapan yang disediakan kepada pemohon iaitu Bilik Keluarga dan Bilik Jenis Asrama (Lelaki dan Perempuan). Bayaran yang dikenakan adalah bersesuaian dengan profil pemohon dan juga kemudahan yang disediakan.
JENIS BILIK DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI ANJUNG KASIH
Anjung Kasih, HSAJB menyediakan kemudahan-kemudahan berikut :
BIL |
KEMUDAHAN |
BILANGAN |
1. |
Bilik Keluarga |
4 |
2. |
Katil Bujang (Lelaki) |
16 |
3. |
Katil Bujang (Perempuan) |
16 |
4. |
Tandas (Keluarga) |
2 |
5. |
Tandas Umum |
6 |
6. |
Mesin Pencuci Pakaian |
1 |
7. |
Mesin Pengering Pakaian |
1 |
8. |
Peti Ais |
1 |
9. |
Televisyen |
1 |
10. |
Mesin Penapis Air |
1 |
WAKTU OPERASI ANJUNG KASIH
Waktu operasi Anjung Kasih, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru adalah seperti berikut dan ianya tertakluk kepada perubahan dan pindaan :-
BIL |
PERKARA |
WAKTU OPERASI |
CATATAN |
1 |
Buka Premis |
5.00 pagi |
|
2 |
Tutup Premis |
12.00 malam |
Penghuni perlu mendaftar masuk di Buku Pergerakan, Anjung Kasih sekiranya pulang ke Anjung Kasih melebihi jam 12.00 malam – 5.00 pagi |
3 |
Pendaftaran Masuk |
24 jam |
|
4 |
Pendaftaran Keluar |
24 jam |
|
KRITERIA PERMOHONAN PENGINAPAN
- Terbuka kepada waris pesakit / ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas. Ianya terhad kepada tiga (3) orang waris pesakit / ahli keluarga pesakit kanak-kanak bagi bilik keluarga manakala satu (1) orang waris pesakit / ahli keluarga bagi bilik bujang.
- Keutamaan diberi kepada waris pesakit / ahli keluarga yang tinggal di luar daerah Johor Bahru dan tidak mampu menampung kos pengangkutan ulang alik ke hospital.
- Keutamaan kepada waris pesakit / ahli keluarga yang menjaga pesakit yang tenat atau kritikal atau menjaga bayi pra-matang.
- Pesakit yang menerima rawatan susulan (day care) yang tinggal jauh dari hospital.
- Pemohon mestilah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.
- Kelulusan khas menghuni Anjung Kasih boleh diberikan kepada mana-mana anggota Kerajaan yang mewakili Pihak Kerajaan yang menjalankan tugas rasmi di HSAJB sahaja.
PROSEDUR PENDAFTARAN MASUK ANJUNG KASIH
A. KES BIASA
- Waktu pendaftaran masuk ke Anjung Kasih adalah 24 jam.
- Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Penginapan Anjung Kasih yang boleh didapati di wad dan memerlukan pengesahan daripada Penyelia Jururawat / Penyelia Jururawat Atas Panggilan di wad.
- Penyelia Jururawat / Penyelia Jururawat Atas Panggilan akan berhubung dengan Pegawai Yang Menjaga (y/m) Anjung Kasih bagi menyemak kekosongan bilik.
- Jika telah dipastikan terdapat kekosongan bilik di Anjung Kasih, Borang Permohonan Penginapan Anjung Kasih yang telah dibuat pengesahan oleh Penyelia Jururawat / Penyelia Jururawat Atas Panggilan di wad hendaklah dikemukakan ke Seksyen Hasil untuk Pembayaran. Salinan resit bayaran perlu dikemukakan kepada Pegawai y/m Anjung Kasih bersama Borang Permohonan Penginapan Anjung Kasih semasa pendaftaran masuk.
- Pegawai y/m Anjung Kasih akan menyerahkan Borang Pemeriksaan Bilik Anjung Kasih untuk disahkan oleh pemohon sebelum mendaftar masuk ke Anjung Kasih.
- Pegawai y/m Anjung Kasih akan menyerahkan cadar, sarung bantal dan selimut serta Pas Anjung Kasih kepada pemohon semasa pendaftaran masuk.
- Jangka masa penginapan yang ditetapkan adalah tiga (3) hari sahaja.
- Permohonan penginapan yang melebihi tiga (3) hari boleh dipertimbangkan dengan memperbaharui permohonan penginapan dengan mengisi ruangan Permohonan Lanjutan Penginapan Anjung Kasih pada Borang Permohonan Penginapan Anjung Kasih, Hospital Sultanah Aminah. Permohonan Penginapan Anjung Kasih, Hospital Sultanah Aminah hendaklah dibuat sehari sebelum tamat tempoh menghuni dan pada hari bekerja sahaja.
- Tiada tempoh had maksimum bagi tujuan pelanjutan penginapan tertakluk kepada kekosongan dan alasan yang munasabah. Bayaran pelanjutan perlu dijelaskan terlebih dahulu di Seksyen Hasil, HSAJB dan resit bayaran perlu dikepilkan.
- Tiada bayaran deposit dikenakan ketika pendaftaran masuk.
B. KES PESAKIT RAWATAN HARIAN (DAY CARE)
- Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Penginapan Anjung Kasih yang boleh didapati di Anjung Kasih pada bila-bila masa.
- Borang Permohonan Penginapan Anjung Kasih yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke Seksyen Hasil untuk dijelaskan bayaran dan salinan resit bayaran perlu dikemukakan kepada Pegawai y/m Anjung Kasih bersama Borang Permohonan Penginapan Anjung Kasih semasa pendaftaran masuk.
C. KES ANGGOTA KERAJAAN YANG MEWAKILI PIHAK KERAJAAN ATAS TUGAS RASMI
- Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Penginapan Anjung Kasih yang boleh didapati di Anjung Kasih pada bila-bila masa.
- Waktu pendaftaran masuk ke Anjung Kasih adalah 24 jam.
- Bayaran kadar sewa adalah dikecualikan.
PROSEDUR PENDAFTARAN KELUAR ANJUNG KASIH
- Urusan pendaftaran keluar adalah 24 jam.
- Penghuni hendaklah mendaftar keluar bilik tidak lewat dari tarikh yang telah diluluskan iaitu maksimum selama tiga (3) hari melainkan kelulusan untuk pelanjutan tempoh penginapan telah diluluskan oleh Penyelia y/m Anjung Kasih.
- Bilik / katil hendaklah diserahkan dalam keadaan bersih dan teratur seperti sewaktu mendaftar masuk.
- Penghuni perlu menanggalkan cadar, sarung bantal dan selimut untuk diserahkan kepada Pegawai y/m Anjung Kasih ketika pendaftaran keluar.
- Sebelum penghuni meninggalkan bilik tersebut, Pegawai y/m Anjung Kasih akan memeriksa perabot dan kelengkapan dalam bilik. Jika didapati berlaku kerosakan, kekotoran yang kekal atau kehilangan, penghuni akan dikenakan denda atau ganti rugi mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti dalam Borang Pemeriksaan Bilik Anjung Kasih.
- Semua kunci bilik dan lokar hendaklah diserahkan sendiri oleh penghuni kepada Pegawai y/m Anjung Kasih.
KADAR BAYARAN SEWA DAN DENDA KEHILANGAN
KADAR BAYARAN SEWA
Pegawai Pengawal telah bersetuju dengan penetapan kadar sewa Anjung Kasih seperti berikut :-
BIL |
KATEGORI BILIK |
HARGA / MALAM (RM) |
a |
Bilik Bujang (Lelaki) |
25.00 seorang / 1 malam |
b |
Bilik Bujang (Perempuan) |
25.00 seorang / 1 malam |
c |
Bilik Keluarga 1 |
80.00 per bilik / 1 malam |
d |
Bilik Keluarga 2 |
80.00 per bilik / 1 malam |
e |
Bilik Keluarga 3 |
80.00 per bilik / 1 malam |
f |
Bilik Keluarga 4 |
80.00 per bilik / 1 malam |
DENDA KEHILANGAN
Penghuni akan dikenakan denda / bayaran / ganti rugi jika berlaku kehilangan / kerosakan peralatan di bilik yang dihuni dengan kadar seperti berikut :-
BIL |
PERKARA |
KOS GANTI RUGI (RM) |
a |
Cadar Single |
RM 10.00 |
b |
Sarung Bantal |
RM 10.00 |
c |
Selimut |
RM 10.00 |
d |
Pas Anjung Kasih (Proximity Card) |
RM 50.00 |
e |
Pas Anjung Kasih (Laminate) |
RM 30.00 |
f |
Kerosakan Alat |
Mengikut Harga Semasa |
Bayaran ganti rugi perlu dijelaskan pada hari mendaftar keluar di Kaunter Hasil, HSAJB dan salinan resit hendaklah dikemukakan ke Pegawai y/m Anjung Kasih sebelum pemulangan kunci. |
KEMUDAHAN BERSAMA
“Kemudahan Bersama” ertinya kawasan, ruang atau / dan tempat yang tidak termasuk sebagai bilik penginapan yang disediakan khusus dan dinikmati secara bersama antara penghuni-penghuni di Bangunan Anjung Kasih tersebut seperti berikut :-
- Tandas
- Pantri
- Mesin Pencuci Pakaian
- Ruang Rehat Termasuk Sofa
- Surau
- Penghawa Dingin
- Kipas
- Televisyen
- Mesin Penapis Air
- Mesin Pengering Pakaian
- Peti Ais
Penghuni bertanggungjawab untuk menjaga Kemudahan Bersama ini sepanjang penginapan di Anjung Kasih.