Sila datang ke Kaunter Daftar Masuk (BDM) yang terletak di bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah Johor pada tarikh yang telah ditetapkan dalam borang arahan masuk wad untuk urusan pendaftaran.
Sekiranya anda tidak dapat hadir pada hari tersebut, sila hubungi Klinik Pakar yang berkenaan untuk mendapatkan tarikh temujanji yang baru.
Sila bawa bersama dokumen / keperluan berikut:
Borang Arahan Masuk Wad
Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Passport/ dokumen perjalanan yang sah
Surat Jaminan yang sah/ Salinan asal dan fotostat kad pesara (pesara kerajaan)
Bayaran Deposit Hospital (Wang Tunai / Kad Debit / Kad Kredit)
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Pesakit Warganegara Asing yang di bawah perlindungan insurans REMEDI / SPIKPA perlu membawa Passport yang asal
Keperluan peribadi seperti peralatan mandian dan lain-lain
Para Pelanggan Yang Dihormati,
Mohon jasabaik pihak tuan/puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan yang berkenaan :
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SECARA ONLINE (PESAKIT DALAM)
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SECARA ONLINE (PESAKIT LUAR DAN KLINIK PAKAR)
BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (PESAKIT DALAM)
BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (PESAKIT LUAR DAN KLINIK PAKAR)