Penentuan Wad

Pesakit yang dimasukkan ke wad, boleh memilih kelas wad tertakluk kepada kebenaran Pakar Perubatan yang merawat, kekosongan katil, kelayakan pesakit dan kesanggupan pesakit/ waris untuk membayar keseluruhan caj rawatan di bawah kelas wad yang dipilih.

 

Penjawat Awam (Persekutuan) dan tanggungan yang hendak mendapatkan perkhidmatan perubatan di Hospital KKM mesti menggunakan e-GL (HRMIS).

 

Bagi pesakit yang pada mulanya dimasukkan ke dalam wad kelas yang lebih rendah dan kemudiannya dipindahkan ke wad yang lebih tinggi atas permintaannya sendiri, hendaklah membayar semua caj mengikut kadar caj wad yang lebih tinggi, mulai dari tarikh dimasukkan ke Hospital.

 

Bagi pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif dan Unit Rawatan Koronari, caj adalah sama seperti caj kelas wad am.

  • Kemaskini Terakhir :
    16-04-2025

Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas

Copyright © 2025 Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru