PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN LAPORAN (eSPGL)

PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN LAPORAN (eSPGL)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Untuk makluman Dr./ Tuan/ Puan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor memaklumkan bahawa SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL) telah boleh diakses semula menerusi https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx dengan ciri keselamatan baharu berikut :


i. Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar
Masuk ke dalam sistem


ii. Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan


iii. Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan
Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan


iv. Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik
Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat


v. Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan
dilaksanakan, emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


vi. ePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini dijangka boleh
digunakan bermula Disember 2022

3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama Dr./ Tuan/ Puan untuk memanjangkan perkara ini kepada semua pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.


4. Bersama-sama ini juga disertakan memo dalaman dan slide Penambahbaikan Sistem ePenyata Gaji Dan Laporan (eSPGL) untuk rujukan jua.

Sekian, terima kasih.

 

MEMO PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN LAPORAN (eSPGL) DI LAMAN WEB HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

PANDUAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN LAPORAN (eSPGL) DI LAMAN WEB HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

  • Kemaskini Terakhir :
    18-03-2025

Sesuai dipaparkan menggunakan paparan 1024 x 768 / Google Chrome / Mozilla Firefox / Windows Internet Explorer 11 ke atas

Copyright © 2025 Hakcipta Terpelihara Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru