JABATAN FORENSIK

PENGENALAN

Unit Perubatan Forensik (UPF) terletak di Tingkat 1, di bahagian belakang bangunan utama, bersebelahan dengan Stor Farmasi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK). Ia diketuai oleh seorang Ketua Unit yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan kelancaran perkhidmatan secara holistik, serta dibantu oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Perubatan forensik merupakan bidang perubatan yang menerapkan ilmu perubatan dalam menyelesaikan kes medikolegal. Fungsi utama Unit Perubatan Forensik ialah menjalankan pemeriksaan bedah siasat medikolegal ke atas mayat yang dibawa oleh pihak polis bagi menentukan punca kematian. Bedah siasat medikolegal hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Perubatan kerajaan yang berdaftar mengikut Seksyen 330 Kanun Prosedur Jenayah.

VISI

Unit Perubatan Forensik berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan profesional, menepati aspek perundangan negara serta sistem pengurusan berkualiti yang mengutamakan pelanggan.

ISI

Unit Perubatan Forensik berusaha memberikan perkhidmatan Perubatan Forensik yang berkualiti:

  1. Melalui anggota yang berilmu dan mahir serta prihatin terhadap keperluan pelanggan.
  2. Berteraskan budaya kualiti yang merangkumi sifat-sifat penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.
  3. Berlandaskan sistem perundangan negara.

OBJEKTIF DAN FUNGSI

  1. Menyediakan perkhidmatan Perubatan Forensik yang bebas dan berkecuali serta memenuhi aspek perundangan negara.
  2. Menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap dan prihatin dengan keperluan pelanggan.
  3. Melaksanakan pemeriksaan kes-kes perubatan forensik secara profesional, cekap dan berkesan.
  4. Memberikan khidmat runding cara dalam pengendalian kes-kes perubatan forensik.
  5. Menguruskan spesimen forensik dan mengekalkan rantaian bahan bukti (chain of custody) semasa dalam jagaan.
  6. Memastikan penyediaan laporan bedah siasat dan penyimpanan rekod forensik diuruskan secara berkesan dan sistematik.
  7. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pendidikan dan latihan yang berterusan.
  8. Menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan.
  9. Menguruskan kematian yang melibatkan bencana ramai mangsa, insiden CBRNE (chemical, biological, radiological, nuclear and explosives) serta wabak penyakit berjangkit seperti SARS dan COVID-19.
  10. Membantu dan memudah cara prosedur pendermaan organ kadaverik.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Semua pelanggan akan dilayan dengan profesional, jujur, mesra, hormat dan prihatin.
  2. Memberi perkhidmatan 24 jam bagi pengurusan penerimaan dan penyerahan mayat.
  3. Proses penyerahan mayat kepada pihak waris/berkenaan adalah mengikut Standard Operating Procedure unit.
  4. Setiap pemeriksaan kes medikolegal akan dikendalikan mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.
  5. Setiap spesimen medikolegal akan dikendalikan mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.
  6. Pengurusan laporan bedah siasat akan dikendalikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  7. Segala maklumat di dalam laporan bedah siasat akan dikendalikan dengan sulit.

Menu Mobile