
PENGUMUMAN
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan memperoleh Pensijilan Semula sebagai Hospital Rakan Bayi di bawah Inisiatif Hospital Rakan Bayi (Baby-Friendly Hospital Initiative – BFHI).
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan HEBHK dalam memenuhi standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF, khususnya dalam menyokong, melindungi serta menggalakkan amalan penyusuan susu ibu dan penjagaan awal bayi yang berkualiti.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha dan komitmen seluruh warga HEBHK dalam memastikan perkhidmatan kesihatan ibu dan bayi sentiasa berada pada tahap terbaik.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga HEBHK atas pencapaian dan komitmen berterusan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

WAKTU MELAWAT
SETIAP HARI (TERMASUK CUTI UMUM)
MEDIA SOSIAL & GALERI
PENGURUSANTERTINGGI




PENCAPAIAN &PENGIKTIRAFAN
Warga Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan dalam mencapai matlamat bersama, memberikan perkhidmatan secara profesional serta melaksanakan setiap tugas dengan penuh keikhlasan.











