JABATAN FARMASI

PENGENALAN

Jabatan Farmasi dan Bekalan merupakan Jabatan Sokongan Klinikal di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi dan dibantu oleh Pegawai Farmasi, Pegawai Farmasi Provisional (PRP), Penolong Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir, Pembantu Perawatan Kesihatan serta Pekerja Am.

Jabatan ini menjalankan aktiviti perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan serta item guna habis kepada unit pengguna dan pesakit. Ia juga menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum, memastikan penggunaan ubat-ubatan yang rasional, selamat dan berkesan melalui sistem pengurusan bekalan yang cekap dan berkualiti.

Jabatan Farmasi dan Bekalan terdiri daripada enam (6) unit utama seperti berikut:

  • Farmasi Pesakit Luar (Ambulatori)
  • Farmasi Pesakit Dalam
  • Farmasi Logistik
  • Farmasi Klinikal
  • Farmasi Pengeluaran
  • Farmasi Maklumat Ubat

VISI JABATAN

Menjadi unit perkhidmatan sokongan hospital yang membantu perkhidmatan perubatan dan perawatan kesihatan secara cekap, cepat dan tepat ke arah masyarakat yang sihat serta berpengetahuan dalam penggunaan ubat-ubatan.

MISI JABATAN

Kami sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkualiti dengan penuh dedikasi, tanggungjawab, keikhlasan, kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme.

OBJEKTIF JABATAN

Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan farmasi yang cekap dan berkesan bagi membantu perawatan pesakit dan keluarga yang hadir di hospital melalui pembekalan ubat-ubatan yang betul, selamat, dalam kuantiti mencukupi, dengan penerangan yang jelas serta dalam tempoh masa minimum, di samping mengekalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme.

PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan akan dilayan dengan rasa hormat, baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

Farmasi Pesakit Luar

Kami berjanji serta komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi lengkap yang diterima.

Farmasi Pesakit Dalam

Kami berjanji serta komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi/pesanan lengkap yang diterima dalam tempoh tidak melebihi 4 jam pada waktu pejabat.

Farmasi Logistik

Kami berjanji serta komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  • Membekalkan item standard kepada pemesan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan lengkap diterima
  • Membekalkan item bukan standard kepada pemesan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari bekerja selepas bekalan diterima di Stor Farmasi (berdasarkan pesanan lengkap)

Menu Mobile