JABATAN BEDAH MULUT DAN MAKSILOFASIAL
PENGENALAN
Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial merupakan Jabatan Klinikal di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial dan dibantu oleh Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Pegawai Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Tadbir, dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Jabatan ini terletak di aras 3 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan mula beroperasi pada Mac 2012. Sebelum itu, perkhidmatan bedah mulut hanya diberikan secara lawatan sebulan sekali di Klinik Pergigian hospital lama Kluang oleh Pakar Bedah Mulut dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Bermula 2013, seorang Pakar Bedah Mulut dan Pegawai Pergigian telah ditugaskan secara tetap di jabatan ini.
VISI JABATAN
Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial akan menjadi Pusat Kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan, melalui pasukan yang profesional, cekap dan penyayang dengan menekankan maruah insan.
MISI JABATAN
Kami berusaha meningkatkan tahap kesihatan melalui promosi amalan cara hidup sihat serta memberi penjagaan kesihatan yang berkualiti melalui konsep masyarakat penyayang sejajar dengan kehendak KKM.
Jabatan ini berhasrat menjadi Pusat Rujukan Wilayah yang cemerlang melalui:
- Pewujudan pelbagai jenis perkhidmatan (pesakit dalam, klinik pakar, kecemasan, ambulatori) dengan penekanan terhadap maruah insan.
- Perkhidmatan penggalakan, pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan paliatif.
OBJEKTIF JABATAN
- Menyediakan rawatan berkualiti berdasarkan bukti terkini.
- Menyediakan pencegahan, diagnosis, rawatan dan rehabilitasi masalah mulut dan maksilofasial.
- Memastikan semua pesakit mendapat rawatan gigi, maksilofasial dan rehabilitasi yang tepat.
- Menyediakan pendidikan berterusan, pembangunan profesional dan latihan untuk pegawai pergigian dan kakitangan sokongan.
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan bertekad memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan. Rawatan diberikan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama dan taraf sosioekonomi.
Pesakit akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, sopan, jujur dan ikhlas. Pendaftaran dibuat dalam 15 minit dan rawatan diberikan dalam 90 minit selepas pendaftaran kecuali keadaan tidak dapat dielakkan.
Keutamaan rawatan diberikan kepada:
- Kes kecemasan
- Pesakit rujukan wad
- Warga emas
- Warga kurang upaya / kelainan upaya
- Kanak-kanak / bayi
- Ibu mengandung
Segala maklumat pesakit dirahsiakan dan hanya dikongsi dengan pihak tertentu dengan keizinan pesakit atau tertakluk kepada undang-undang.
SKOP PERKHIDMATAN
PERUNDINGAN, DIAGNOSTIK DAN RAWATAN
- Pesakit luar:
- Kes rujukan dari pegawai pergigian, perubatan dan pakar (kerajaan/swasta)
- Kes rawatan susulan
- Pesakit dalam:
- Pembedahan/prosedur elektif dan kecemasan
- Pesakit memerlukan rawatan lanjutan/pemerhatian di wad
- Kes rujukan disiplin lain
- Perkhidmatan atas panggilan
LIPUTAN RAWATAN KLINIK BEDAH MULUT
- Pembedahan dentoalveolar dan pra-prostetik
- Pembedahan kecil gigi terimpak
- Rawatan kecederaan tisu lembut oral dan maksilofasial
- Kanser oral dan maksilofasial serta ketumbuhan lain
- Jangkitan dan keradangan mulut dan maksilofasial
- Penyakit kelenjar air liur
- Pembedahan tulang muka dan rahang
- Rawatan orthognatik
- Rekahan bibir dan lelangit
- Gangguan sendi rahang
- Implan pergigian
- Perubatan mulut
- Prostesis maksilofasial (mata, telinga, hidung)
- Pengurusan pesakit medically compromised & berkeperluan khas
WAKTU OPERASI
Waktu operasi Klinik Pesakit Luar: Isnin – Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang Khamis: 8.00 pagi – 3.30 petang.
Klinik ditutup pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum.
