UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING

PENGENALAN

Perkhidmatan Psikologi di hospital telah diwujudkan buat pertama kalinya di bawah Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur sejak. 16 Oktober 1983 untuk membantu pesakit-pesakit psikiatri. Ini kemudiannya dikuti oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Hospital Permai di Tampoi, Hospital Ipoh, Hospital Alor Star, Hospital Kota Bharu, Hospital Pulau Pinang, Hospital Kuching dan lain-lain hospital di bandar-bandar utama seluruh Malaysia.

Di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom mula beroperasi pada November 2014. Unit ini terletak di Lobi Utama, Aras 3 bersebelahan dengan Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Psikologi Kaunseling S41/S44 dan mempunyai satu lagi perjawatan Penolong Pegawai Psikologi S29. Unit ini berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada para pesakit dan juga kepada anggota hospital yang dirujuk daripada semua disiplin di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

VISI JABATAN

Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional.

MISI JABATAN

Perkhidmatan Psikologi Kaunseling ini diberikan oleh pegawai yang kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  2. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi (Kaunseling) secara berterusan.
  3. Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.
  4. Meningkatkan kesihatan emosi mereka yang memerlukan melalui perkhidmatan kaunseling yang diberikan.
  5. Membantu klien:
    • Mengurangkan tekanan perasaan semasa
    • Membina kemahiran sosial
    • Mempunyai wawasan (insight)
    • Keluar daripada lingkungan kehidupan yang ada
    • Membina keyakinan diri
    • Menjadi orang yang berguna kepada diri dan persekitaran

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap klien yang dirujuk perlu diberikan maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja dari Tarikh rujukan diterima.
  2. Setiap sesi kaunseling individu perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit manakala kaunseling kelompok/ keluarga dan perkahwinan adalah sekurang-kurangnya 60 ke 90 minit.
  3. Setiap klien akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan psikologi kaunseling.

Menu Mobile