UNIT KESIHATAN AWAM
PENGENALAN
Unit Kesihatan Awam merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan dan Sokongan Klinikal hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan hal-hal berkaitan Kesihatan Awam di hospital bagi menyumbang kepada kemajuan perkhidmatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, untuk manfaat anggota khususnya dan masyarakat amnya.
VISI JABATAN
Menjadikan setiap individu, keluarga dan masyarakat di HEBHK prihatin dan terlibat dalam penjagaan kesihatan ke arah pembentukan masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera.
MISI JABATAN
Merealisasikan visi jabatan melalui peningkatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, rawatan serta perkhidmatan pemulihan yang berkesan oleh anggota yang mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan, penyayang, dan mengutamakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi kualiti hidup yang lebih baik.
OBJEKTIF JABATAN
Membantu pihak pengurusan hospital dalam melaksanakan program kesihatan awam di hospital serta membentuk perhubungan yang baik dengan jabatan dan badan berkaitan.
PIAGAM PELANGGAN UNIT KESIHATAN AWAM
Kami komited memberikan perkhidmatan secara profesional dan sentiasa pada tahap cemerlang bagi membantu setiap anggota kerja dan orang awam di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom agar berada dalam persekitaran kerja yang selamat, selesa dan sihat.
SKOP PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan Unit Kesihatan Awam meliputi penyeliaan pengurusan sumber manusia, pentadbiran unit, serta pengurusan program berkaitan Kesihatan Awam seperti berikut:
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- Merekod dan menyelia fail peribadi anggota seliaan.
- Mengagihkan kerja anggota secara cekap dan optimum.
- Menguruskan prosedur tatakelakuan dan disiplin pegawai.
- Memastikan orientasi jabatan/hospital dihadiri dan diikuti oleh setiap anggota unit.
- Menyelia cuti dan proses kerja lebih masa anggota.
PENTADBIRAN DAN ORGANISASI
- Melaksanakan mesyuarat unit bersama anggota sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
- Menyelaras peruntukan modal insan untuk pelaksanaan latihan dan kursus anggota di bawah jagaan.
- Menyelaras permohonan perolehan aset bukan perubatan seperti alat tulis, papan tanda peringatan dan bunting.
- Merancang dan menyelaras kursus/latihan tahunan; memastikan setiap anggota mendapat latihan/kursus minimum 5 hari setahun.
- Melaksanakan penilaian formal dua kali setahun (Jun dan Disember) menggunakan borang penilaian prestasi yang diluluskan; penilaian didokumenkan dan dihantar melalui HRMIS.
PENYELIAAN PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN AWAM
-
Program Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC)
- Menyelaras dan memantau pematuhan SOP/CPG/pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Memastikan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dipatuhi.
-
Program Kesihatan Persekitaran & Kawalan Vektor/Rodens
- Membantu pihak pengurusan dalam pemantauan kawalan vektor di kawasan hospital.
- Bertindak sebagai liaison kepada pasukan entomologi Pejabat Kesihatan Daerah.
- Membantu dalam verifikasi kawalan vektor oleh pihak konsesi.
-
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan
- Membantu dalam penyeliaan dan pemantauan mesin layan diri (vending machine) di hospital.
- Membantu dalam seliaan kafeteria dan kedai yang menjual makanan dalam premis hospital.
-
Program Penguatkuasaan Undang-Undang (Kesihatan Awam)
- Memantau dan memastikan anggota mengutamakan keselamatan serta kesihatan pesakit.
- Membantu Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) Pejabat Kesihatan Daerah.
- Membantu pemantauan serta pematuhan prosedur kawalan jangkitan/infeksi mengikut Polisi Kawalan Jangkitan Hospital.
