UNIT KESELAMATAN

OBJEKTIF

  • Berusaha meningkatkan lagi pengetahuan anggota pekerja tentang aspek keselamatan perlindungan.
  • Memupuk dan membantu kakitangan memahami ciri-ciri yang terkandung dalam keselamatan perlindungan.
  • Memberi pendedahan kepada kakitangan untuk memahami keperluan utama, konsep, serta cara menjauhi pelanggaran keselamatan.

SKOP PERKHIDMATAN

Mengurus dan melaksanakan pemantauan keselamatan secara menyeluruh iaitu secara fizikal, dokumen dan peribadi.

  • Membantu dalam menguruskan dan pelaksanaan aspek-aspek keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.
  • Membantu memastikan syarikat kawalan keselamatan swasta melaksanakan tugas dan prosedur; memantau lokasi yang perlu diawasi.
  • Menyelia dan menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas premis jabatan, menyediakan laporan serta mencadangkan sebarang penambahbaikan.
  • Membantu mengkaji keperluan peralatan dan kelengkapan keselamatan bagi meningkatkan tahap keselamatan.
  • Membantu mengkaji peraturan keselamatan sedia ada.
  • Membantu membuat pemeriksaan mengejut serta siasatan bagi menentukan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.
  • Membantu mengesyorkan tindakan bagi pelanggaran keselamatan dan melaporkannya kepada pengurusan.
  • Menyelaras sebarang urusan berkaitan keselamatan dengan pegawai keselamatan di KKM, PKPKKM dan PDRM.
  • Membantu menguruskan hal-hal berkaitan personel keselamatan.

WAKTU OPERASI

  • Isnin – Khamis
    • Pagi: 8:00 pagi – 12:45 tengah hari
    • Petang: 2:00 petang – 5:00 petang
    • Waktu Rehat: 1:00 petang – 2:00 petang
  • Jumaat
    • Pagi: 8:00 pagi – 12:15 petang
    • Petang: 2:45 petang – 5:00 petang
    • Waktu Rehat: 12:15 petang – 2:45 petang

Menu Mobile