UNIT PENYELIAAN HOSPITAL

PENDAHULUAN

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan Hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber manusia dan penyeliaan klinikal bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberikan kepada pesakit oleh anggota di bawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan Pemandu Kenderaan.

ORGANISASI DAN PERKHIDMATAN

Visi
  • Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit secara berterusan.
Misi
  • Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision) yang kompeten dan berdedikasi kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan dilaksanakan secara profesional dan efektif serta memenuhi keperluan pelanggan.
Objektif
  • Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
  • Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimumkan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  • Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.

SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan Unit Penolong Pegawai Perubatan merangkumi pengurusan sumber manusia, pentadbiran, penyeliaan klinikal, pematuhan akta dan peraturan, pengurusan latihan serta pengurusan bencana.

  • Pengurusan Sumber Manusia: Perancangan, penempatan, giliran syif, penilaian prestasi dan kebajikan anggota.
  • Pentadbiran: Pengurusan dokumen, SOP/POW, rekod kehadiran, inventori dan pematuhan tatacara.
  • Penyeliaan Klinikal: Audit klinikal, pemantauan kompetensi, bimbingan/mentoran dan penambahbaikan kualiti.
  • Pematuhan Akta & Peraturan: Memastikan amalan mematuhi akta kesihatan, garis panduan dan dasar semasa.
  • Pengurusan Latihan: Perancangan CPD, kursus dalaman/luaran, orientasi dan penilaian hasil latihan.
  • Pengurusan Bencana: Penyelarasan kesiapsiagaan, latihan simulasi, respons dan pemulihan operasi.

Menu Mobile