JABATAN PATOLOGI

PENGENALAN

Jabatan Patologi & Tabung Darah diketuai oleh Pakar Patologi sebagai Ketua Jabatan dan dibantu oleh anggota-anggota Jabatan Patologi & Tabung Darah yang lain. Perkhidmatan Patologi ini berorientasikan hospital dan klinikal. Makmal utama terletak di Aras 2, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Perkhidmatan jabatan merangkumi pengujian sampel biologikal pesakit (ujian darah, urin dan cecair badan). Aktiviti berpandukan Departmental Policy of Pathology Services in Ministry of Health serta khidmat nasihat Perkhidmatan Patologi Negeri. Jabatan turut membekalkan darah dan komponen yang serasi dan selamat kepada pesakit dalaman serta hospital swasta yang berperjanjian dengan jabatan. Jabatan juga mempunyai kemudahan pendermaan darah dalaman dan menganjurkan kempen derma darah di luar hospital sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

VISI JABATAN

Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang cepat, tepat dan terkini.

MISI JABATAN

Bekerja sebagai satu pasukan untuk menyediakan perkhidmatan yang efisien, dipercayai dan berkualiti.

OBJEKTIF JABATAN

  • Memberikan perkhidmatan ujian makmal yang menyokong diagnosis klinikal dan rawatan.
  • Menyediakan bekalan darah dan komponen darah yang selamat serta mencukupi kepada pelanggan.
  • Memberi perkhidmatan latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota, pelatih dan pihak berkaitan apabila diperlukan.

SKOP PERKHIDMATAN

a) Unit Patologi Kimia

  • Patologi Kimia (Biokimia)
  • Urin Dadah
  • Immunoassay
  • Urinalisis

b) Unit Mikrobiologi

  • Bakteriologi (Kaji Kuman)
  • Tibi & Parasitologi
  • Serologi
  • Molekular

c) Unit Haematologi

  • General Haematology
  • Haemostasis
  • Special Haematology

d) Unit Tabung Darah

  • Perolehan darah (Procurement)
  • Komponen & Inventori
  • Immunohematologi

e) Unit Sitologi & Histologi

  • Sitologi – sampel diproses dan dihantar ke HSAJB
  • Histologi – sampel dihantar terus ke HSAJB

f) Makmal Rujukan

Menu Mobile