UNIT PENGURUSAN RISIKO & SURVELAN KLINIKAL

PENGENALAN

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Johor telah ditubuhkan sejak tahun 2020. Penubuhan ini sejajar dengan Surat Pekeliling Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan rujukan KKM600-37/1/3(2) bertarikh 11 Julai 2016: Arahan Pewujudan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Unit ini memberi perkhidmatan berkaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada seluruh anggota HEBHK, Kluang, Johor. Dengan pertambahan tenaga kerja serta adanya Occupational Health Doctor (OHD) dan pegawai berkelulusan dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), kewujudan unit ini memperkukuh tanggungjawab majikan terhadap pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

VISI JABATAN

Menjadi peneraju keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

MISI JABATAN

Mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat dalam kalangan semua majikan dan pekerja supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka serta orang lain yang terdedah kepada risiko KKP akibat aktiviti pekerjaan sentiasa terpelihara.

OBJEKTIF JABATAN

  • Menjadi landasan kerjasama antara majikan dan pekerja untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selaras dengan Akta 514.
  • Mewujudkan mekanisme perhubungan dua hala majikan–pekerja bagi penyebaran informasi berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Meningkatkan minat serta penglibatan majikan dan pekerja dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Tempoh notifikasi kes ialah dalam masa 7 hari selepas insiden.
  • Laporan siasatan dihantar dalam 14 hari selepas kes dinotifikasi.
  • Memastikan semua pekerja hospital menjalani saringan faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) sekali setahun.
  • Memastikan tempat kerja kondusif, sihat, selesa dan selamat bagi semua anggota hospital.
  • Memastikan setiap kes tusukan alatan tajam dinotifikasi, disiasat dan tindakan penambahbaikan dilaksanakan dengan segera.
  • Memastikan semua pekerja berisiko tinggi disaring; setiap kes tuberkulosis (Tibi) yang dinotifikasi disiasat dan contact tracing dilaksanakan.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Pelaporan dan notifikasi kejadian insiden/kes berbahaya.
  • Saringan kesihatan melalui Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN WOW) untuk semua anggota.
  • Penyiasatan kejadian insiden/kes berbahaya.
  • Audit keselamatan dan kesihatan (audit fasiliti).
  • Audit Hazard Identification, Risk Assessment, Risk Control (HIRARC).
  • Medical surveillance bagi anggota terlibat tusukan alatan tajam, program perlindungan sinaran, dan anggota farmasi.
  • Pelaporan reten bulanan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Penganjuran latihan, bengkel dan kursus keselamatan serta kesihatan pekerjaan.
  • Khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik kepada setiap anggota agar perkhidmatan kesihatan terpelihara.
  • Program saringan Tibi kepada semua anggota berisiko tinggi.
  • Pelaksanaan program vaksin Influenza, Tifoid dan Hepatitis B.

Menu Mobile