JABATAN PEMBEDAHAN AM

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Am merupakan jabatan yang penting dalam perkhidmatan pembedahan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk memberikan rawatan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk kes rawatan di dalam wad, klinik pakar, endoskopi, rawatan harian dan onkologi

VISI

Akan menjadi sebuah unit pembedahan yang cemerlang dan berkualiti di dalam aspek perkhidmatan, perubatan dan pembedahan am demi peningkatan status kesihatan pelanggan dan waris

MISI

Memberi perkhidmatan bermutu tinggi melalui rawatan dan layanan yang professional, promosi cara hidup sihat, pendidikan kesihatan yang berterusan, sikap penyayang dan prihatin serta menghormati hak individu.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan pembedahan yang selamat dan efisien.
  • Memberikan rawatan dan penjagaan wad yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dan waris dengan mematuhi akta dan prosedur yang ditetapkan oleh KKM.
  • Menyediakan perkhidmatan latihan kepada pegawai perubatan dan staf KKM.

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pembedahan Am:

  • Setiap pelanggan akan mendapat rawatan yang cepat, tepat, dan selamat secara berperikemanusiaan
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima rawatan, segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

PERKHIDMATAN DAN SERVIS

  • Rawatan Pesakit Dalam
  • Rawatan Pesakit Luar (One Stop Breast Centre)
  • Klinik Rawatan Kes-Kes Rujukan dan Rawatan Susulan
  • Rawatan Pembedahan
  • Perkhidmatan Endoskopi
  • Perkhidmatan Onkologi dan Rawatan Paliatif

LOKASI PERKHIDMATAN

Perkhidmatan rawatan pembedahan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom disediakan di lokasi-lokasi berikut:

  • Klinik Pakar Pembedahan (Aras 3)
  • Pusat Rawatan Harian dan Endoskopi (Aras 4)
  • Perkhidmatan Onkologi dan Rawatan Palliatif (Aras 4)
  • 8B: Wad Pembedahan Lelaki
  • 6A: Wad Pembedahan Perempuan
  • 7B: Wad Kanak-Kanak (Multidisiplin)
  • 10A: Wad Kelas Pertama (Multidisiplin)

 

Menu Mobile