JABATAN REKOD PERUBATAN
PENGENALAN
Unit Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang. Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus hal-hal berkaitan rekod perubatan pesakit bagi membantu pihak hospital memberikan perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
VISI JABATAN
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom berhasrat memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada penduduk Kluang khususnya dan masyarakat umumnya bagi memenuhi kehendak setiap pelanggan.
MISI JABATAN
Kami akan berusaha memberi perkhidmatan dalam meningkatkan tahap kesihatan melalui promosi amalan cara hidup sihat serta memberikan penjagaan kesihatan yang berkualiti melalui konsep masyarakat penyayang selaras dengan kehendak KKM.
OBJEKTIF JABATAN
Kami akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, terutamanya membantu individu dan keluarga mencapai serta mengekalkan tahap kesihatan optimum agar mereka dapat melaksanakan aktiviti sosial dan ekonomi secara produktif. Hasrat ini dicapai melalui penekanan terhadap kualiti, keselamatan, amalan kerja berpasukan dan usaha penambahbaikan berterusan.
OBJEKTIF UMUM
- Menyelenggara rekod serta laporan perubatan pesakit dengan berkesan untuk menyokong pengurusan perawatan pesakit dan pengurusan perkhidmatan hospital yang cekap serta mencapai kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF KHUSUS
- Pencapaian 90% laporan perubatan siap dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Pencapaian 95% rekod perubatan pesakit dalam dihantar ke Unit Rekod Perubatan dalam tempoh 72 jam selepas pesakit discaj.
WAKTU PERKHIDMATAN
Unit Rekod Perubatan beroperasi mengikut waktu seperti berikut:
- Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari; 2.00 petang – 5.00 petang
- Khamis: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari; 2.00 petang – 3.30 petang
- Jumaat & Sabtu: Cuti
- Rehat: 1.00 tengah hari – 2.00 petang
PIAGAM PELANGGAN KEPADA PENGURUSAN UNIT REKOD PERUBATAN
- Rekod perubatan pesakit akan disimpan dengan selamat dan dirahsiakan.
- Permohonan laporan perubatan dengan dokumen yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja.
SKOP PERKHIDMATAN
- Unit Rekod Perubatan diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N32 yang terlatih untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan pengurusan rekod perubatan pesakit serta tugas-tugas lain yang berkaitan.
- Unit hendaklah dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan ruang penyimpanan yang sesuai bagi memudahkan pengurusan rekod perubatan pesakit.
- Unit bertanggungjawab mengurus semua rekod perubatan pesakit yang meliputi aktiviti-aktiviti berikut:
- Mengurus dan menyelaras urusan berkaitan pengurusan rekod perubatan pesakit mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Menyimpan rekod perubatan pesakit mengikut tempoh yang ditetapkan serta melaksanakan pelupusan mengikut Jadual Pelupusan Rekod Perubatan, 2016.
- Menentukan kod untuk diagnosis (ICD-11) dan prosedur (ICD-9-CM) mengikut kod klasifikasi yang ditetapkan.
- Mengurus permohonan laporan perubatan/bedah siasat.
- Menyediakan keperluan berkaitan isu “medico-legal”.
- Mengumpul, menyemak dan menyediakan laporan statistik kesihatan.
