JABATAN PERUBATAN AM
PENGENALAN
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) yang baru mula dibina di kawasan seluas 16 hektar sejak 2006 dan beroperasi bermula Disember 2011. Ia dilengkapi dengan 268 katil. Katil rasmi pada ketika itu dibawah Jabatan Perubatan Am adalah sebanyak 72 katil di Wad Perubatan dengan 4 katil di CCU. Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan Jabatan Perubatan yang meningkat pesat, pada tahun 2023 bilangan katil rasmi meningkat sebanyak 127 katil dan 8 katil di CCU.
OBJEKTIF JABATAN
Untuk memberikan rawatan yang memuaskan secara profesional dan meningkatkan tahap kesihatan serta pemulihan yang maksima, juga mengurangkan tekanan fizikal kepada pesakit.
MISI JABATAN
Menyediakan penjagaan dan perawatan kesihatan yang komprehensif bagi membolehkan pesakit mencapai kehidupan yang berkualiti melalui peningkatan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan kerjasama.
VISI JABATAN
Menjadikan Jabatan Perubatan Am jabatan yang berkepakaran, cemerlang dan berkualiti demi meningkatkan mutu perkhidmatan bagi mewujudkan keluarga bahagia ke arah masyarakat penyayang dan peka kepada penyelidikan serta perawatan berteknologi terkini.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, bersopan santun, bertimbang rasa, hormat, jujur dan ikhlas.
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
- Pelanggan dan ahli keluarga akan diberi penjelasan mengenai prosedur dan rawatan yang diterima.
- Setiap pesakit akan diberi jaminan kerahsian maklumat peribadi, penyakit dan perawatan adalah terpelihara semasa menerima rawatan.
- Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran selamat, bersih dan sempurna.
- Perkhidmatan Klinik Pakar dan Subkepakaran akan diberikan mengikut giliran dan keutamaan akan diberikan kepada ibu hamil, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mengikut keadaan pesakit.
- Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak ditawarkan di Jabatan Perubatan akan dirujuk ke fasiliti yang mempunyai kepakaran yang berdekatan.
SKOP PERKHIDMATAN
- Jabatan Perubatan memberi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :
- Rawatan pesakit dalam
- Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU)
- Klinik pakar
- Klinik subkepakaran lawatan dari Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultanah Nora Ismail
- Hemodialisis dan satellite CAPD
- Rawatan harian perubatan (daycare)
- Rujukan ke hospital tertiary
- Perkhidmatan diagnostik
- Perkhidmatan pendidikan kesihatan (ie: diabetic educator counselling, Cardiac Rehabilitation Program, TB counselling, RVD counselling, Heart Failure)
