UNIT FISIOTERAPI

PENGENALAN

Perkhidmatan Fisioterapi memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive dan preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan.

Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Fisioterapi berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini.

Untuk penjagaan pesakit secara curative dan rehabilitative, prosedur yang digunapakai terdiri daripada proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit.

Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan preventive, kaedah pendidikan kesihatan digunakan. Untuk mencapai matlamatnya, Perkhidmatan Fisioterapi bekerjasama dengan pelbagai unit dan jabatan lain sebagai satu pasukan.

VISI UNIT

Unit Fisioterapi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom akan menjadi sebuah unit terunggul dalam memberikan perawatan rehabilitasi menerusi pengamalan Budaya Korporat serta penekanan aspek kualiti dan teknologi bersesuaian untuk memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat amnya.

MISI UNIT

Ahli-ahli Fisioterapi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom akan memberikan perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, selamat dan berlandaskan ‘evidence based’ untuk setiap pelanggan.

OBJEKTIF UNIT

  • Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan efektif kepada pesakit dalam dan luar serta bermatlamatkan pencapaian kefungsian yang optima.
  • Mendokong nilai kerja berpasukan melalui kerjasama erat sesama semua perkhidmatan klinikal yang lain demi mencapai hasil penjagaan pesakit yang terbaik.
  • Menyediakan peluang latihan klinikal yang menitikberatkan aspek kemahiran dalam pelbagai bidang perawatan Fisioterapi.

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan yang cekap, layanan yang mesra, adil dan saksama.
  • Setiap pesakit akan diberi rawatan (kes temujanji) dalam masa 30 minit selepas pendaftaran.
  • Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut temujanji yang ditetapkan kecuali kes akut dan kecemasan.
  • Setiap pesakit dalam akan mendapat rawatan dalam masa 24 jam (hari bekerja) dari waktu rujukan diterima.

WAKTU OPERASI

Waktu operasi Unit Fisioterapi mengikut waktu pejabat seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat

  • 8.00 pagi hingga 1.00 petang
  • 2.00 petang hingga 5.00 petang
  • Waktu rehat: 1.00 petang hingga 2.00 petang

Menu Mobile