UNIT PEMBANGUNAN
Objektif
- Memastikan perancangan yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber peruntukan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
- Memastikan kerja-kerja pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan bersistematik.
- Memastikan kerja-kerja pembangunan kecil dapat dijalankan dengan teratur.
- Memastikan kerja-kerja ubah suai/naik taraf adalah teratur dan mengikut Arahan Perbendaharaan.
Skop Perkhidmatan
Skop perkhidmatan Unit Pembangunan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom meliputi:
- Menyelaras semua aspek pelaksanaan projek pembangunan yang meliputi pembinaan baharu, naik taraf dan pengubahsuaian bangunan seperti berikut:
- Cadangan Projek
- Pelaksanaan Projek
- Pengujian dan Pentauliahan Projek
- Pembayaran Projek
- Menyelaras semua kerja-kerja pembaikan kecil.
- Pengurusan Tanah dan Bangunan Kerajaan.
Polisi
- Perancangan Projek
Unit Pembangunan merancang, menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan HEBHK merangkumi pembangunan fizikal serta penambahbaikan perkhidmatan. - Peruntukan Kewangan
Bertanggungjawab memastikan semua perbelanjaan melalui peruntukan pembangunan tahunan BP 09, BP 06, Dasar Baharu dan one-off serta lain-lain peruntukan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Pekeliling Berkuat Kuasa
Pekeliling Perbendaharaan digunakan sebagai panduan pengurusan kewangan dan mengikut surat pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.
UNIT PENGURUSAN ASET
Objektif
- Menguruskan Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah yang meliputi penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan serta pengurusan kehilangan dan hapus kira.
- Merancang dan mengurus program/aktiviti penyelenggaraan prasarana dan aset kerajaan mengikut jangka masa dan piawaian yang ditetapkan dengan kos yang efektif.
Skop Perkhidmatan
- Penerimaan Aset
- Pendaftaran Aset
- Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Aset
- Penyelenggaraan Aset
- Pelupusan Aset
- Kehilangan dan Hapus Kira
UNIT PEROLEHAN
Objektif
- Menguruskan perolehan secara cekap dan berkesan.
- Memastikan proses perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja memenuhi kehendak peraturan perolehan semasa.
Skop Perkhidmatan
- Perolehan terbahagi kepada tiga:
- Perolehan Bekalan
- Perolehan Perkhidmatan
- Perolehan Kerja-kerja
- Pengurusan perolehan dilaksanakan melalui tiga cara:
- Pembelian Terus (< RM50,000.00)
- Sebutharga (≥ RM50,000.00 hingga < RM500,000.00)
- Tender (≥ RM500,000.00)
Skop Perkhidmatan (Pentadbiran Perolehan)
- Merancang/menyenaraikan cadangan perolehan berdasarkan keperluan jabatan.
- Menyemak dan memastikan peruntukan tahunan/berkaitan dari Unit Kewangan HEBHK/Waran peruntukan.
- Melaksanakan perolehan berdasarkan pekeliling berkuat kuasa sebagai panduan pengurusan kewangan.
- Memastikan pentadbiran kontrak dilaksanakan dengan teratur.
- Memastikan klausa kontrak disemak oleh Penasihat Undang-Undang KKM.
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis
Pagi: 8:00 pagi - 12:45 tengah hari
Petang: 2:00 petang - 5:00 petang
Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang
Jumaat
Pagi: 8:00 pagi - 12:15 petang
Petang: 2:45 petang - 5:00 petang
Waktu Rehat: 12:15 petang - 2:45 petang
