UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENGENALAN
Jabatan Teknologi Maklumat HEBHK diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F10 dan dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5. Jabatan ini turut dikuatkan dengan seorang Juruteknik Komputer Gred FT1. Jabatan ini berperanan untuk mengurus, menyelaras, mengawalselia dan memantau perkhidmatan ICT agar operasi harian hospital berjalan dengan lancar dan efisyen.
VISI
Menjadikan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) sebagai hospital ICT melalui pelaksanaan dan penggunaan teknologi ICT secara menyeluruh bagi menyokong perkhidmatan kesihatan yang efisyen dan berkualiti.
MISI
- Memastikan infrastruktur ICT yang disediakan adalah lengkap, stabil dan selamat bagi menyokong penggunaan dan pelaksanaan sistem aplikasi ICT.
- Memantau dan menyelenggara sistem ICT supaya sentiasa dapat digunakan.
- Menyediakan khidmat sokongan teknikal yang efisyen kepada pengguna ICT.
- Membudayakan penggunaan ICT di kalangan warga hospital melalui kursus dan latihan yang dianjurkan.
OBJEKTIF
- Merancang, mengurus dan menyelenggara sistem maklumat yang cekap dan berkualiti.
- Menyediakan kemudahan dan infrastruktur ICT yang lengkap untuk pengguna ICT Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.
- Meningkatkan tahap kesedaran ke arah keberkesanan penggunaan teknologi maklumat.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan sistem yang digunakan di hospital beroperasi dengan baik sepanjang masa serta memberi bantuan teknikal first level support kepada pengguna sistem apabila diperlukan.
- Bantuan teknikal dan khidmat sokongan akan dibuat ke atas masalah yang dilaporkan dalam tempoh 3 hari bekerja dan akan memberikan penyelesaian yang praktikal dalam tempoh 2 minggu.
- Memberi khidmat nasihat dan cadangan bagi perolehan, penggunaan dan pinjaman peralatan ICT mengikut keperluan.
- Membantu pelaksanaan sistem-sistem aplikasi yang digunapakai di HEBHK mengikut permohonan dan keperluan Jabatan/ Unit.
- Menggalakkan pelaksanaan ICT mengikut peraturan, garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan dan kementerian.
