UNIT BEKALAN BAHAN STERIL
PENGENALAN
Unit Bekalan Bahan Steril atau Central Sterile Service Unit (CSSU) merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk membekalkan peralatan/ instrument/ set-set steril kepada unit-unit pengguna. Skop perkhidmatannya termasuk Unit Pesakit Dalam, Dewan Bedah, Dewan Bersalin, Jabatan Kecemasan dan Trauma, semua Klinik Pakar, Jabatan Pesakit Luar, HDU, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian di Kluang.
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom telah menjadi Hospital Berpakar Minor, justeru itu dengan peningkatan kes-kes pembedahan, pelbagai prosedur surgikal dan medikal dijalankan, menjadikan unit ini nadi utama dan penting dalam memberikan perkhidmatan pensterilan yang efisien, berkualiti dan mesra pelanggan ke arah keselamatan pesakit. Ini melibatkan proses pemusnahan dan pembasmian semua organisma mikro dan spora, bertanggungjawab dalam usaha mencegah serta mengawal jangkitan di hospital untuk membantu meningkatkan kualiti perawatan dan penjagaan pesakit.
VISI
Memberi perkhidmatan pensterilan berkualiti, efisien serta
MISI
Sentiasa berusaha memenuhi kehendak pelanggan dengan meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menghasilkan produk yang mencukupi, berkualiti dan selamat untuk digunakan oleh pelanggan.
OBJEKTIF UMUM
Memberi perkhidmatan pensterilan peralatan dan mengawal jangkitan demi untuk meningkatkan taraf kesihatan pesakit di hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian.
OBJEKTIF KHUSUS
- Memproseskan dan membekalkan peralatan steril untuk kegunaan rawatan pesakit di hospital dan klinik-klinik.
- Meningkatkan kecekapan anggota dalam melaksanakan tugas dengan membekalkan peralatan/ set-set yang lengkap dan seragam.
PIAGAM CSSU
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, berhemah dan profesional.
- Proses penerimaan peralatan yang telah digunakan akan diuruskan dalam masa 30 minit.
- Memastikan semua mesin autoclave berfungsi dengan baik dengan pemantauan berkala dari Konsesi dan pemeriksaan JKKP setahun sekali dengan mempamerkan lesen di mesin.
- Memastikan semua peralatan yang memerlukan pensterilan, dibekalkan kepada pelanggan adalah steril.
- Memastikan peralatan, soft dressing dan linen dalam keadaan steril sehingga digunakan oleh pelanggan dengan pemantauan berkala untuk mengelakkan jangkitan silang berlaku.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pencucian/ pemeriksaan/ pembungkusan dan pensterilan set/ peralatan untuk kegunaan pelanggan.
- Perkhidmatan pensterilan merangkumi peralatan/ set dari Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian dan Hospital lain serta hospital swasta.
- Membekalkan peralatan, soft dressing dan linen steril kepada pelanggan.
- Meminta sebutharga dari syarikat pembekal mengenai peralatan yang perlu dibeli/ ganti.
- Menerima set-set dari vendor untuk pensterilan.
- Melaksanakan dan menjalankan audit set dan supplementary di wad, klinik dan unit.
- Memberi tunjuk ajar dan konsultasi pada unit–unit seperti Klinik Mata, Dental dan Day Care serta Hemodinamik Unit.
