UNIT KEWANGAN & HASIL

OBJEKTIF

Untuk memastikan dan mengawal pengurusan pembayaran kerajaan, kewangan dan pulangan hasil kerajaan dapat dibuat dengan lebih efektif dan berkualiti dengan disokong oleh prosedur-prosedur kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menjaga kawalan peruntukan dan perbelanjaan
  • Memproses segala tuntutan pegawai
  • Memproses bil-bil bayaran dan utiliti
  • Mengurus perolehan dan pembelian barangan serta perkhidmatan
  • Menerima bayaran bil-bil pesakit/denda/utiliti/hasil sewaan
  • Menguruskan akaun amanah dan deposit pesakit

PEKELILING BERKUATKUASA

Pekeliling Perbendaharaan digunakan sebagai panduan pengurusan kewangan dan dibaca bersama Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia serta lain-lain peraturan berkuatkuasa.

WAKTU OPERASI

Isnin – Khamis

  • Pagi: 8:00 pagi – 12:45 tengah hari
  • Petang: 2:00 petang – 5:00 petang
  • Waktu Rehat: 1:00 petang – 2:00 petang

Jumaat

  • Pagi: 8:00 pagi – 12:15 petang
  • Petang: 2:45 petang – 5:00 petang
  • Waktu Rehat: 12:15 petang – 2:45 petang

Menu Mobile