JABATAN KERJA SOSIAL

PENGENALAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia semenjak tahun 1952 iaitu beberapa tahun selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan, justeru itu nama jawatan ini dikenali sebagai “Lady Almoner”, kemudian jawatan ini ditukar kepada Pegawai Kebajikan Perubatan.

Jabatan ini terletak di Lobi Utama, Aras 3, bersebelahan dengan Unit Psikologi Kaunseling dan Bilik Daftar Masuk (BDM).

VISI JABATAN

Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

MISI JABATAN

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
  2. Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
  3. Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan diri pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
  2. Setiap rujukan kes yang diterima akan diberikan tindak balas awal dalam masa 2 hari bekerja.
  3. Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
  4. Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di hospital, institusi dan klinik kesihatan KKM. Perkhidmatan ini merangkumi:

Pengurusan Bantuan Praktik

  1. Bantuan kewangan (peralatan / ubatan / rawatan / am)
  2. Penempatan institusi
  3. Mengesan waris

Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan

  1. Khidmat Perundingan
  2. Sokongan Emosi
  3. Intervensi Krisis

Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya:

  1. Penderaan dan pengabaian Kanak-kanak
  2. Ibu Tanpa Nikah
  3. Keganasan Rumahtangga
  4. Jenayah seksual
  5. Pesakit Akut dan Kronik
  6. Orang Kurang Upaya (OKU)
  7. HIV Positif / AIDS
  8. Ketagihan dadah / alkohol

Menu Mobile