UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

PENGENALAN

Perkhidmatan Terapi Cara Kerja merupakan satu bidang rawatan pemulihan dan penjagaan kesihatan yang memfokuskan kepada membantu individu, kumpulan atau populasi daripada segenap lapisan umur melibatkan diri dan melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan masa lapang yang terganggu akibat masalah fizikal, psikologikal atau sosial.

Perkhidmatan Terapi Cara Kerja disediakan untuk habilitasi, rehabilitasi serta promosi kesihatan dan kesejahteraan klien. Perkhidmatan ini menekankan kepada konsep nilai cara kerja (occupation) dan konteks terhadap pelan perawatan berasaskan aktiviti kehidupan seharian. Bagi mencapai matlamat rawatan yang lebih berkesan dan efisien, Ahli Terapi Cara Kerja bekerjasama dengan pelbagai ahli kesihatan yang lain sebagai satu pasukan.

VISI JABATAN

Meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui penglibatan di dalam aktiviti kehidupan seharian.

MISI JABATAN

  1. Menyampaikan Perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang komprehensif, berkualiti dan boleh diakses oleh klien.
  2. Memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kesihatan.
  3. Melahirkan tenaga kerja Terapi Cara Kerja yang berdedikasi, profesional dan berkepakaran tinggi.
  4. Mewujudkan sistem dan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kehidupan seharian.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Meningkatkan kebolehcapaian kesihatan yang menawarkan perkhidmatan Terapi Cara Kerja kepada klien.
  2. Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran penjagaan kesihatan bagi memperkasakan penjagaan kesihatan rakyat.
  3. Mengenalpasti dan membangunkan kepakaran di dalam Perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang ditawarkan.
  4. Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong dan boleh diakses oleh semua pihak.

PIAGAM PELANGGAN

Perkhidmatan Terapi Cara Kerja, KKM sentiasa beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memastikan:

  1. Setiap klien akan menerima perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang profesional, berkualiti dan selamat.
  2. Setiap klien akan menerima perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang sewajarnya mengikut keperluan pelanggan.
  3. Setiap klien akan menerima penerangan yang jelas mengenai perawatan Terapi Cara Kerja yang akan diterima.
  4. Setiap klien akan dilihat dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  5. Setiap pesakit dalam baharu yang dirujuk akan dilihat dalam tempoh 24 jam.
  6. Setiap pesakit luar baharu yang dirujuk akan dilihat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  7. Setiap klien akan diberikan temujanji susulan mengikut keperluan dan dalam tempoh yang sesuai.
  8. Setiap klien akan dilayan dengan baik, mesra, bersopan-santun dan penuh rasa hormat.
  9. Setiap maklumat klien akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak lain dengan keizinan seperti tertakluk di dalam undang-undang.

SKOP PERKHIDMATAN

Sembilan (9) aspek utama dalam konsep cara kerja (occupation) melibatkan:

  1. Aktiviti penjagaan / pengurusan diri / kehidupan seharian (Activities of Daily Living [ADL])
  2. Aktiviti penjagaan / pengurusan diri / kehidupan seharian (Instrumental Activities of Daily Living [IADL])
  3. Pengurusan kesihatan (health management)
  4. Rehat dan tidur (rest and sleep)
  5. Pembelajaran (education)
  6. Pekerjaan (work)
  7. Bermain (play)
  8. Masa lapang/ Riadah (leisure)
  9. Penglibatan sosial (social participation)

Menu Mobile