JABATAN DIETETIK & SAJIAN
PENGENALAN
Jabatan Dietetik & Sajian merupakan salah satu jabatan di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinikal. Lokasi jabatan terletak di Aras 1 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang. Jabatan ini mula beroperasi pada November 2011 dengan menyediakan dua (2) perkhidmatan iaitu perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian.
VISI
Visi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah untuk menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetik dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.
Visi Perkhidmatan Dietetik
Perkhidmatan Dietetik akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan dietetik untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
MISI
Misi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
Perkhidmatan Dietetik
Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidence-based terkini di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan. Memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
Perkhidmatan Sajian
Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan dengan mengutamakan inovasi, perkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti.
OBJEKTIF PERKHIDMATAN DIETETIK
Objektif Umum
Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.
Objektif Khusus
- Memberi perkhidmatan klinikal, komuniti, kesihatan awam dan katering dietetik yang berkualiti.
- Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara professional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multidisiplin.
- Melaksana penyelidikan berkaitan.
- Menjalin kerjasama erat dengan agensi yang berkaitan.
PIAGAM PELANGGAN
Menyampaikan perkhidmatan klinikal dietetik yang berkualiti dan efisian melalui:
- Memastikan pesakit dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dilihat dan diberi intervensi Medical Nutrition Therapy (MNT) dalam tempoh 24 jam daripada rujukan pesakit diterima.
- Memastikan pesakit dalam wad yang mengambil pemakanan diet cecair menerima sekurang-kurangnya 75% daripada keperluan tenaga yang disarankan dalam tempoh 5 hari selepas dimulakan diet cecair tersebut.
