UNIT KEJURURAWATAN HEBHK

PENGENALAN

Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang dahulu dikenali sebagai Hospital Kluang adalah sebuah Hospital Pakar Minor yang mempunyai 268 katil yang diagihkan mengikut disiplin. Jumlah katil rasmi telah meningkat kepada 382 buah katil pada tahun 2022 berikutan BOR hospital melebihi 100%.

Bahagian Kejururawatan adalah organisasi yang terbesar menyumbang sebahagian daripada tenaga kerja di HEBHK. Pentadbiran di bahagian ini adalah di bawah penyeliaan seorang Ketua Penyelia Jururawat Hospital U42 dengan dibantu oleh seorang Penyelia Jururawat U42, 5 orang Penyelia Jururawat U36, 1 orang Jururawat Klinikal U44, 2 orang Jururawat Klinikal U41 dan 35 orang Ketua Jururawat U32.

Bahagian Kejururawatan mempunyai kakitangan yang paling ramai iaitu 455 orang jururawat. Jururawat diagihkan mengikut beban kerja di wad dan unit di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom. Aktiviti dalam perkhidmatan kejururawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom adalah aktiviti Perubatan, Pembedahan, Ortopedik, Obstetrik dan Ginekologi, Special Care Nursery, Pediatrik, Anestesiologi, Dewan Bedah, Klinik Pakar, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kecemasan, Jabatan Pengimejan Diagnostik, CSSD, Diabetic Resource Centre, Unit Rawatan Harian, Unit Kualiti, Tabung Darah, Haemodialisis dan Patologi. Perkhidmatan kritikal seperti ICU, NICU dan CCU disediakan.

Bahagian Kejururawatan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom mengambil berat untuk memastikan semua kakitangan di bawah penyeliaan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dalaman dan luaran melalui VISI, MISI dan OBJEKTIF yang telah ditetapkan. Pemantauan ke atas kualiti perkhidmatan dijalankan dengan kerap. Ketidakakuran yang ditemui diambil tindakan penambahbaikan dan penilaian dibuat ke atas penambahbaikan dari masa ke semasa. Anggota yang memberi khidmat yang terbaik diberi penghargaan untuk memberi motivasi dan insentif untuk terus berkerja.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan dalam menyediakan penjagaan kejururawatan berkualiti dan mampu memberi perawatan yang berkonsep penyayang, efisien dan efektif.

MISI

Untuk menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti melalui penjagaan kejururawatan yang selamat, berkesan dan cekap yang akan menyumbang kepada penjagaan pesakit secara keseluruhan.

OBJEKTIF

Mempertingkatkan dan memelihara kualiti perkhidmatan kejururawatan ke tahap maksimum dengan pengwujudan piawaian, audit dan penyelidikan kejururawatan serta menitikberatkan perkembangan individu sejajar perkembangan dalam teknologi perubatan melalui pendidikan berterusan, memupuk nilai-nilai murni kemanusiaan dan penerapan elemen penyayang.

PIAGAM PELANGGAN

  • Pesakit akan diberi rawatan yang berkesan dan bersesuaian dengan masalah kesihatan mereka tanpa mengira umur, jantina, etnik, agama atau status ekonomi secara profesional.
  • Pelanggan akan dilayan dengan rasa hormat, mesra, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.
  • Privasi dan kerahsiaan pesakit akan sentiasa dipatuhi.
  • Kemudahan dan persekitaran yang kondusif, bersih, selesa dan selamat disediakan.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dengan mengutamakan keselamatan pesakit.
  2. Memastikan pengamalan nilai etika kejururawatan berdasarkan Code of Professional Conduct for Nurses – First Edition April 1998 & Code of Professional Conduct and Practice of Midwife.
  3. Memastikan pengurusan peribadi kakitangan kejururawatan dan kakitangan yang berkaitan.
  4. Pembangunan profesionalisme kakitangan kejururawatan melalui program pendidikan dan latihan yang bersesuaian.
  5. Melakukan pemantauan dan penilaian secara berkala dalam memastikan prestasi penjagaan kejururawatan dalam keadaan yang optima.
  6. Jabatan / Unit yang sentiasa beroperasi pada waktu pejabat dalam pelbagai bidang seperti klinik, Unit Rawatan Harian, Unit Perkhidmatan Pensterilan (CSSU), Unit Kawalan Infeksi, Jabatan Pengimejan dan Diagnostik, Hemodialisis, Jabatan Pesakit Luar dan Tabung Darah.
  7. Penempatan kakitangan kejururawatan dalam pelbagai unit, wad dan jabatan mengikut penjawataan.
  8. Perkhidmatan kejururawatan menyediakan penjagaan 24 jam mengikut jadual tiga syif untuk semua disiplin. Ketua Jururawat ditugaskan untuk bertugas atas panggilan untuk tiga syif, manakala Penyelia Jururawat dan Jururawat Klinikal melakukan tugasan matron atas panggilan mengikut giliran.

Menu Mobile