UNIT HAL EHWAL ISLAM
OBJEKTIF
- Melaksanakan konsep hospital mesra ibadah secara berterusan kepada kakitangan, pesakit dan keluarga.
- Menghasilkan kaedah pengurusan sistem kerja berteraskan nilai akhlak serta etika Islam.
- Memberi pendedahan kepada kakitangan untuk memahami keperluan yang utama apabila berkaitan ibadah menurut Islam.
SKOP PERKHIDMATAN
- Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti ziarah yang berjadual dan bimbingan solat / wudhu’ / tayamum kepada pesakit-pesakit di wad.
- Merancang, mengurus dan melaksana perkhidmatan pendidikan keagamaan kepada kakitangan, pesakit dan waris.
- Merancang, menyedia, menerbit dan mengedar bahan-bahan risalah pendidikan keagamaan untuk rujukan dan panduan kepada pesakit, waris dan kakitangan.
POLISI
- Perkhidmatan pendidikan keagamaan kepada pesakit dan waris di wad
- Menjalankan aktiviti berkaitan pemahaman ibadah semasa sakit di wad.
- Memberi bimbingan cara solat, wudhu’ dan tayammum kepada pesakit.
- Memberi khidmat nasihat permasalahan hukum Islam kepada pesakit dan waris.
- Memberi perkhidmatan bimbingan mengazankan bayi berwaris dan tanpa waris serta penamaan bayi kepada kakitangan dan penjaga.
- Program pembangunan insan dan latihan kepada kakitangan
- Melaksanakan ceramah, forum, kelas pengajian Islam, seminar berkaitan penerapan nilai-nilai Islam kepada kakitangan.
- Melaksanakan aktiviti perayaan rasmi Islam seperti Ma`al Hijrah, Maulidur Rasul, Isra’ Mi`raj, Ihya’ Ramadhan, sambutan Aidiladha dan sebagainya.
- Menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan insan.
- Risalah keagamaan
- Menerbitkan risalah berkaitan ibadah orang Islam bagi pesakit di hospital.
- Menerbitkan risalah berkaitan isu-isu semasa mengenai hukum agama berkaitan dengan perubatan dan lain-lain.
- Mengenalpasti dan memperolehi sumber-sumber untuk pendidikan keagamaan dan edaran kepada pesakit, kakitangan dan waris.
WAKTU OPERASI
- Isnin - Khamis
- Pagi: 8:00 pagi - 12:45 tengah hari
- Petang: 2:00 petang - 5:00 petang
- Waktu Rehat: 1:00 petang - 2:00 petang
- Jumaat
- Pagi: 8:00 pagi - 12:15 petang
- Petang: 2:45 petang - 5:00 petang
- Waktu Rehat: 12:15 petang - 2:45 petang
