KUTIPAN BAYARAN TANPA TUNAI DI FASILITI KKM

Hospital ini melaksanakan kutipan bayaran tanpa tunai di semua kaunter hasil dan pendaftaran bagi memudahkan urusan orang awam. Inisiatif ini menyokong pendigitalan perkhidmatan kesihatan, mempercepatkan proses di kaunter, serta meningkatkan keselamatan dan ketelusan pengendalian hasil. Melalui penggunaan kad debit/kredit, pesakit dan waris kini dapat menyelesaikan bayaran dengan lebih cepat tanpa perlu membawa wang tunai dalam jumlah besar. 

Pihak petugas kaunter akan memaklumkan jumlah yang perlu dijelaskan dan menyediakan terminal pembayaran. Bagi bayaran menggunakan kad, pelanggan hanya perlu menekan atau memasukkan kad ke dalam terminal dan mengesahkan transaksi. Dengan kutipan bayaran tanpa tunai, proses mendapatkan rawatan menjadi lebih mudah, cekap dan teratur. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan kaedah bayaran, orang awam boleh berhubung di kaunter hasil atau pendaftaran sepanjang waktu operasi rasmi hospital. 

CASHLESS

Menu Mobile