Peraturan Melawat & Menjaga Pesakit
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang
Berkuat kuasa mulai 23 September 2026 Bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kelancaran rawatan pesakit, semua pelawat dan penjaga diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak hospital.
Had Pelawat
Bilangan pelawat dihadkan kepada 4 orang bagi setiap pesakit dalam satu-satu masa sepanjang waktu melawat.
Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat.
ICU / CCU / Wad 6B (O&G)
Bilangan pelawat dihadkan kepada 2 orang bagi setiap pesakit dalam satu-satu masa.
NICU / SCN
Hanya ibu dan bapa bayi dibenarkan melawat, tertakluk kepada peraturan semasa yang ditetapkan oleh unit berkenaan.
Penjaga / Peneman Pesakit
Hanya 1 orang penjaga atau peneman dibenarkan berada bersama pesakit di wad atau Dewan Bersalin bagi pesakit yang memerlukan penjagaan atau bantuan sepanjang tempoh rawatan.
Pematuhan Peraturan
Pelawat dan penjaga hendaklah mematuhi peraturan serta arahan semasa yang ditetapkan oleh pihak hospital.
Pesakit Diisolasi
Pelawat dan penjaga / peneman tidak dibenarkan, kecuali dengan kebenaran khas daripada Pakar yang menjaga pesakit dan tertakluk kepada polisi kawalan penyakit berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kawalan Infeksi
Para pelawat digalakkan untuk:
- Memakai pelitup muka semasa melawat pesakit di wad.
- Sentiasa mengamalkan kebersihan tangan.
- Mematuhi langkah kawalan infeksi semasa menerima rawatan di klinik.
Peringatan: Kerjasama semua pelawat dan penjaga dalam mematuhi peraturan serta arahan semasa amat dihargai.
